Ini adalah gambar nak jadi model Johnson's (kononnya). Sebenarnya both nak pegi beraya ke Klang, Shah Alam and Putrajaya. Ambik gambar dengan bedak Johnson's dulu sebab nak upload dalam website. Saje nak 'pose' dengan baby Aqil yang comel ni. Hari Ahad hari tu dari pagi sampai malam baru balik rumah, beraya. Ramai sangat yang buat open house hujung minggu ni. Masing-masing nak kejar bulan syawal ni nak buat rumah terbuka. Apa yang best dengan open house nie? Sebenarnya, bila ada rumah terbuka ni, datangnya kenalan meraikan majlis yang kita buat, alhamdulillah silaturrahim yang terjalin semakin erat. Time tu jugak dapat kenal dengan kenalan baru, boleh lebih rapat dengan jiran walaupun sebelum ni tak pernah nampak bayang-bayang pun. Hmmm...sebab itu jugak, family i akan buat open house this wednesday...matlamat nak ajak kawan ofis makan waktu lunch. Datangla beramai-ramai ya nanti.
Total Pageviews
Tuesday, 11 September 2012
Sentiasa positif dalam semua yang terjadi
Setiap hari yang berlalu sememangnya akan ada satu hari itu yang tidak sempurna.Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sentiasa fikir positif walaupun kita rasa tidak sepatutnya terjadi pada kita. Sebab itulah kita perlu faham bahawa hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Sebagai contoh, seorang bayi 10 bulan, masih dalam proses berkenalan dengan alam sekitar. Kita tahu la bila budak-budak besar macam ni pantang tengok benda bergerak terus disambarnya. Satu hari, sedang bayi itu bermain dengan mainannya, menyusurlah seekor ular entah dari mana di hadapan bayi tersebut. Sudah tentu, bayi tersebut akan merangkak dengan pantas bagi memegang ular tersebut. Tetapi, kebetulan ibu bayi tersebut turut ada berdekatan dengan bayi tersebut dan melarang bayi tersebut untuk terus mengejar ular tersebut. Apa yang dapat disimpulkan di sini, bayi tersebut tidak faham lagi bahawa ular itu merbahaya, tetapi, bagi si Ibu yang sudah matang ini mengajar apa yang terbaik untuk anaknya. Oleh sebab itu, apabila kita ditimpa musibah atau dugaan, sesungguhnya ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Waallahuallam.
Subscribe to:
Posts (Atom)