Total Pageviews

Tuesday, 14 August 2012

Cabaran Kerjaya di Taska & Tadika (1)

Apabila bercakap tentang tadika atau taska, semestinya kita akan terus fikir mesti happy kanak-kanak di sana. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kanak-kanak akan gembira untuk berada di taska dan tadika. Ini melibatkan beberapa faktor iaitu seperti banyak mainan, ramai kawan, teacher yang penyayang dan sebagainya. Namun, persoalan sekarang adalah adakah semua pengasuh dan guru tadika yang bekerja di sana mampu menangani cabaran kerjaya mereka dengan bijak? Persoalan ini saya akan ulaskan serba sedikit bedasarkan pengalaman saya di taska dan tadika.

Pertamanya, kerjaya sebagai pengasuh yang perlu menjaga kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah. Sememangnya ini bukan tugas yang mudah, sifat sabar yang tinggi wajib ada dalam diri seseorang pengasuh tersebut. Hal ini kerana dari permulaan hari ibubapa menghantar anak mereka ke taska dan meletakkan amanah yang besar di bahu pengasuh itu untuk menjaga anak mereka sepanjang mereka bekerja. Ini seperti menjaga satu nyawa dan harta yang berharga. Sungguh berat tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pengasuh. Beberapa perkara yang perlu ditekankan disini iaitu tugas seorang pengasuh dalam penjagaan anak asuhan mereka:

1. Memastikan bayi sentiasa bersih (Isu kebersihan yang paling penting bagi elak penyakit)
2. Memastikan pampers bayi ditukar mengikut masa dan keperluan (elak ruam lampin)
3. Sentiasa mengikut jadual makanan kanak-kanak (kecuali susu ikut kehendak)
4. Memastikan makanan yang diberikan adalah sihat dan seimbang
5. Memastikan  persekitaran bilik bayi adalah bersih dan tidak bahaya
6. Asingkan barang mainan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 3 tahun
7. Asingkan barang-barang tajam dan merbahaya supaya tidak diletakkan di dalam bilik bayi.
8. Sentiasa bertutur dengan menggunakan perkataan yang elok
9. Memastikan kanak-kanak tidak mencederakan kawan yang lain (gigit/tolak/pukul)
10. Memastikan anak asuhan mendapat tidur yang mencukupi
11. Memastikan pakaian kanak-kanak bersih tanpa sebarang kotoran
12. Ajar anak asuhan untuk berkelakuan baik dan minat pada muzik

Sebenarnya banyak lagi tugasan seorang pengasuh itu, saya akan ceritakan lebih lanjut untuk page seterusnya. Wassalam.

Monday, 13 August 2012

Temuduga Pegawai Penerangan S41

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini 14 August 2012, ada satu perkara penting yang saya berminat untuk dikongsikan dengan pembaca. Hal ini berkenaan temuduga Pegawai Penerangan S41 yang saya tahu ramai calon-calon temuduga ingin tahu dengan lebih lanjut sebelum menghadiri temuduga tersebut. Saya faham perasaan anda semua yang mungkin tertanya-tanya apa yang akan ditanya oleh penemuduga nanti.

Beberapa perkara ingin saya kongsikan sebelum anda menghadiri temuduga tersebut. Apa yang saya beritahu ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya telah menghadiri temuduga pada Julai 2012, hari pertama umat Islam di Malaysia menjalankan ibadat puasa. Lokasi temuduga adalah di salah sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya. Alhamdulillah, nasib menyebelahi saya kerana saya tinggal di Putrajaya, jadi tidak menjadi masalah untuk ke lokasi yang ditetapkan.

Sebelum saya menghadiri temuduga tersebut, saya telah membuat beberapa persiapan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tugas Pegawai Penerangan ini. Melalui internet sememangnya kita akan mendapat maklumat yang sama, tapi saya turut mencari maklumat tambahan dengan bertanya terus kepada pegawai penerangan yang bekerja di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Putrajaya serta maklumat melalui pamplet yang terdapat di KPKK. Pepatah ada menyebut 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan', sebab itu kita perulah berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap perkara. Walaupun kita gagal dalam sesuatu, pasti kepuasan itu tetap ada dalam diri atas usaha yang kita sudah lakukan.

Hasil temubual saya dengan pegawai penerangan, saya ada bertanyakan hint untuk temuduga pegawai ini. Tapi apa yang diusulkan oleh pegawai tersebut bahawa hint untuk temuduga ini tidak ada, cuma perlu jaga etika apabila bertemu penemuduga, mengetahui perkembangan semasa dan sentiasa yakin dengan jawapan yang kita jawab. Kalau boleh cuba elakkan menjawab 'tidak tahu', 'tidak pasti', 'mungkin' kerana ini adalah ciri-ciri perkataan yang tidak sedap didengar oleh penemuduga. Selain itu, kalau boleh perlulah sertai jawapan itu dengan contoh dan fakta.

Seterusnya berkenaan pengalaman saya untuk ditemuduga. Saya diarahkan untuk hadiri temuduga itu jam 8.00 am, saya bertolak dari rumah pukul 7.30 dan sampai di lokasi jam 7.45 am. Sampai di sana, saya terus mengambil tempat dan menunggu candidate lain mengambil tempat. Sambil menunggu langkah seterusnya, saya dapati banyak kerusi tersusun di dalam ruang tersebut. Andaian saya mesti ramai yang akan datang temuduga ini. Sebenarnya hanya 22 orang sahaja calon yang akan ditemuduga. Permulaan saya berkenalan dengan beberapa orang candidate yang datang dari N. Sembilan, Johor, Sabah dan Pahang. Masing-masing sibuk membaca nota dan berbual. Apa yang dapat saya ketahui bahawa kebanyakan candidate yang hadir adalah penjawat awam yang telah lama berkhidmat dan akan dinaikkan pangkat. Semua orang lama, tetiba rasa diri ini kecil pula sebab baru 2  tahun grad dan sekarang menjawat jawatan dalam sektor swasta. Walaubagaimanapun, semangat ingin menjawat jawatan tersebut tetap membara.

Tepat jam 8.05am, urusetia mengarahkan semua calon beratur dan mengambil nombor giliran. Masa itu, masing-masing cepat-cepat ke depan untuk beratur dan mengambil nombor, saya mendapat giliran ke-empat. Selepas itu, saya dapat tahu bahawa hanya 2 bilik yang akan digunakan. Jadi 22 calon akan dibahagi 2 iaitu 11 orang untuk satu bilik temuduga. Sebelum sesi temuduga dimulakan, penemuduga ingin berjumpa dengan semua calon temuduga iaitu 11 orang kumpulan saya untuk brief serba sedikit tentang temuduga tersebut. Perkara yang diperkatakan oleh penemuduga kepada calon-calonnya adalah supaya calon tidak kecewa sekiranya gagal dalam temuduga kali ini. Selain itu, penemuduga juga menyatakan bahawa masa yang diperuntukkan untuk temuduga hanya 10 minit, jadi cuba gunakan sebaik mungkin masa yang diberikan tersebut.

Tenang rasa hati ini bila dapat face dahulu dengan penemuduga. Rasa berdebar tetap ada tetapi keyakinan untuk lakukan yang terbaik makin tinggi. Jam 8.30am, candidate pertama dipanggil masuk. Tepat 9.00am, nombor giliran saya pula dipanggil, soalan-soalan penting yang ditanya adalah:

1. Apa persediaan anda sebelum datang temuduga?
2. Apakah tugas Pegawai Penerangan?
3. Apa yang anda faham tentang Satu Malaysia?
4. Apa yang dimaksudkan dengan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'?
5. Apa program terkini KPKK?
6. Apa perbezaan antara KPKK dengan Jabatan Penerangan?

Ini adalah beberapa soalan penting yang ditanya dalam 10 minit sesi saya. Agak terkejut dengan soalan yang diajukan, tetapi alhamdulillah saya dapat jawab jawapan tersebut dengan baik.

Tamat sesi tersebut, saya terus pulang. Kebetulan didalam lif saya terserempak dengan candidate lain yang ditemuduga oleh penemuduga lain. Saya terus ajukan soalan apa yang ditanya oleh penemuduga tersebut. Soalan yang ditanya adalah:

1. Apa reaksi anda tentang pilihan raya yang akan datang?
2. Apa pendapat anda tentang keadaan politik di negara ini?
3. Adakah isu BERSIH rasional?

Hanya ini yang dapat saya kongsikan dengan pembaca untuk kali ini. Diharap dapat beri sedikit sebanyak maklumat untuk anda. Bagi sesiapa yang akan melalui temuduga ini saya ucapkan good luck. Wassalam. Tq.





Sunday, 12 August 2012

Today is my birthday

Assalamualaikum... Hari ni 13 August 2012 bersamaan umur saya dah genap 2* tahun...hehehe... Alhamdulillah, panjang umur.. Ape2 pun, saya nak ucap thanks to my husband especially because dy la y pertama ucap my birthday about one week ago...hehehe..cepat kn..? And hadiah tahun ni saya dapat jeng jeng jeng.... Laptop.. terima kasih abang. Untuk pengetahuan, laptop lama saya dah rosak so husband hadiahkan laptop baru untuk memudahkan kerja saya. Terharu rasanya dapat hadiah macam tu, husband saya amat memahami and caring..so sweet..

My husband yang first ucap my birthday, orang yang kedua ucap my birthday adalah mak saya la...Subuh tadi receive message with wish and hope, thanks mak. Orang ketiga my lovely big sis K.ya, wish dalam kereta on the way ke tempat kerja. Keempat my sis Vin, thanks alot vin.

Saya juga nak ucap terima kasih bebanyak to my friends yang wish by using facebook, i'm so sorry because it's too long i didn't update my facebook and i can't reply the wish from you. Kepada semua teman saya samada disekolah @ universiti dulu, thanks coz masih ingat my birthday.

Bila kenang balik kenangan dulu2, rindu rasanya nak pegi U balik, nak main sungai, nak pegi travel, macam2 la, kalau cakap semua confirm x habis. Hmmm....ingat kenangan yang paling best adalah time belajar di Universiti. Memang kalau ingat balik nak belajar balik pun ada. Sebab, di universiti lah platform kita untuk usaha sendiri apa yang kita inginkan. Terutamanya untuk dapatkan pointer tinggi, mesti study smart n bukan study hard. Ingat juga pada teman-teman rapat, sehati sejiwa la katakan cam shidar, tini, gee n aisah. Sangat best kawan dengan dyorang, banyak kenang pahit, manis, masam etc dengan dyorang ni. Kalah time belajar kat sekolah, x de la best macam di U.

That's all for today. For my Husband (Mohd Shahrol b. Ramli), I love u so much. Thanks for giving my life happy with u.

Thursday, 9 August 2012

Peningnya face dengan budak Hyper @#$%

Assalamualaikum w.b.t... Masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan selamat berpuasa, semoga sentiasa dapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Memandangkan di bulan Ramadhan, saya selalu motivasikan diri supaya sentiasa sabar. Bekerja sebagai salah seorang penggerak taska and tadika ini, banyak cabarannya. Bukan senang nak adapt life bersama kanak-kanak di sini. Tension tu tak boleh nak cakap la tahap mana dah tak terhitung. Nursery dah ok, di Kindergarten plak yang prob.   Kindergarten ok, nursery plak yang o'ooo'...

Kalau cakap pasal tension sampai bila pun tak habis pasal kerja ni, tapi apa-apa pun perlulah sentiasa positive thinking. Best jugak bila ingat balik hari-hari yang lepas bersama kanak-kanak di sini. Especially kanak-kanak yang belum pernah dihantar taska. Maksudnya, sebelum ni tinggal dengan nenek ke, mak saudara ke...confirm non-stop crying the whole day... kesian kat dyorang... nangis je nak mummy la, nak ayah la, nak ibu la...hehehe...tapi tak pe, ibu no 2 kan ad..

Tadi sedikit pasal budak nangis, saya akan continue next page plak ye. Seterusnya, ni pulak budak yang hyper. Biasanya yang hyper ni kindergarten la.. Time tu saya tengah siapkan kerja office. Datangla seorang budak name yas*** cakap ***** hilang. Mesti pelik kan, dalam taska ni boleh hilang, bukan hilang, dia menyorok je sebab tempat ni luas. So, saya pun sama-sama la cari budak bertuah ni...kat depan tak ada, pegi bilik air....jeng jeng jeng.... dia main air rupanya, baju dah basah kuyup dah... Tapi, yang buat saya naik tekanan darah ni sebab boleh budak tu simbah air plak, kuyup satu baju. Fuh, sabor je la... Budak hyper memang macam tu, so, caranya : saya tahu yang budak ni takut polis, jadi saya cakap yang saya akan panggil polis. Lepas tu off the lamp and close the door...terus  menjerit and promise me that he will never do it again..Wow...simple right.. Hehehe...budak-budak macam ni memang susah nak terima kalau kita marah, tapi kalau kita takutkan dia dengan apa yang dia takut lebih baik. Just nak guna cara yang baik berbanding kekerasan seperti pukul, membebel dan sebagainya. Kita boleh beri nasihat dengan nada yang lembut, insyaAllah dia dapat terima dengan baik. Tapi, biasalah budak-budak, takkan lekat apa yang kita cakap tu sekali, kena cakap banyak kali. Jadi, kita kena rajin la, hari-hari perlu nasihat, motivasi budak macam ni. Biar sampai kita bosan, asal apa yang kita nak sampaikan melekat dalam minda dia sampai bila-bila. For the teachers, perlulah ikhlas dalam bekerja, ingat tanggungjawab sebagai guru ini sangat besar. Bijak pandai anak-anak murid kita adalah atas dasar pengajaran kita.

That's all sedikit sebanyak pasal budak hyper at my school. We will meet soon with another story.. Bye.. selamat berbuka..:)