Pertamanya, kerjaya sebagai pengasuh yang perlu menjaga kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah. Sememangnya ini bukan tugas yang mudah, sifat sabar yang tinggi wajib ada dalam diri seseorang pengasuh tersebut. Hal ini kerana dari permulaan hari ibubapa menghantar anak mereka ke taska dan meletakkan amanah yang besar di bahu pengasuh itu untuk menjaga anak mereka sepanjang mereka bekerja. Ini seperti menjaga satu nyawa dan harta yang berharga. Sungguh berat tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pengasuh. Beberapa perkara yang perlu ditekankan disini iaitu tugas seorang pengasuh dalam penjagaan anak asuhan mereka:
1. Memastikan bayi sentiasa bersih (Isu kebersihan yang paling penting bagi elak penyakit)
2. Memastikan pampers bayi ditukar mengikut masa dan keperluan (elak ruam lampin)
3. Sentiasa mengikut jadual makanan kanak-kanak (kecuali susu ikut kehendak)
4. Memastikan makanan yang diberikan adalah sihat dan seimbang
5. Memastikan persekitaran bilik bayi adalah bersih dan tidak bahaya
6. Asingkan barang mainan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 3 tahun
7. Asingkan barang-barang tajam dan merbahaya supaya tidak diletakkan di dalam bilik bayi.
8. Sentiasa bertutur dengan menggunakan perkataan yang elok
9. Memastikan kanak-kanak tidak mencederakan kawan yang lain (gigit/tolak/pukul)
10. Memastikan anak asuhan mendapat tidur yang mencukupi
11. Memastikan pakaian kanak-kanak bersih tanpa sebarang kotoran
12. Ajar anak asuhan untuk berkelakuan baik dan minat pada muzik
Sebenarnya banyak lagi tugasan seorang pengasuh itu, saya akan ceritakan lebih lanjut untuk page seterusnya. Wassalam.
No comments:
Post a Comment