Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini 14 August 2012, ada satu perkara penting yang saya berminat untuk dikongsikan dengan pembaca. Hal ini berkenaan temuduga Pegawai Penerangan S41 yang saya tahu ramai calon-calon temuduga ingin tahu dengan lebih lanjut sebelum menghadiri temuduga tersebut. Saya faham perasaan anda semua yang mungkin tertanya-tanya apa yang akan ditanya oleh penemuduga nanti.
Beberapa perkara ingin saya kongsikan sebelum anda menghadiri temuduga tersebut. Apa yang saya beritahu ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya telah menghadiri temuduga pada Julai 2012, hari pertama umat Islam di Malaysia menjalankan ibadat puasa. Lokasi temuduga adalah di salah sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya. Alhamdulillah, nasib menyebelahi saya kerana saya tinggal di Putrajaya, jadi tidak menjadi masalah untuk ke lokasi yang ditetapkan.
Sebelum saya menghadiri temuduga tersebut, saya telah membuat beberapa persiapan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tugas Pegawai Penerangan ini. Melalui internet sememangnya kita akan mendapat maklumat yang sama, tapi saya turut mencari maklumat tambahan dengan bertanya terus kepada pegawai penerangan yang bekerja di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Putrajaya serta maklumat melalui pamplet yang terdapat di KPKK. Pepatah ada menyebut 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan', sebab itu kita perulah berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap perkara. Walaupun kita gagal dalam sesuatu, pasti kepuasan itu tetap ada dalam diri atas usaha yang kita sudah lakukan.
Hasil temubual saya dengan pegawai penerangan, saya ada bertanyakan hint untuk temuduga pegawai ini. Tapi apa yang diusulkan oleh pegawai tersebut bahawa hint untuk temuduga ini tidak ada, cuma perlu jaga etika apabila bertemu penemuduga, mengetahui perkembangan semasa dan sentiasa yakin dengan jawapan yang kita jawab. Kalau boleh cuba elakkan menjawab 'tidak tahu', 'tidak pasti', 'mungkin' kerana ini adalah ciri-ciri perkataan yang tidak sedap didengar oleh penemuduga. Selain itu, kalau boleh perlulah sertai jawapan itu dengan contoh dan fakta.
Seterusnya berkenaan pengalaman saya untuk ditemuduga. Saya diarahkan untuk hadiri temuduga itu jam 8.00 am, saya bertolak dari rumah pukul 7.30 dan sampai di lokasi jam 7.45 am. Sampai di sana, saya terus mengambil tempat dan menunggu candidate lain mengambil tempat. Sambil menunggu langkah seterusnya, saya dapati banyak kerusi tersusun di dalam ruang tersebut. Andaian saya mesti ramai yang akan datang temuduga ini. Sebenarnya hanya 22 orang sahaja calon yang akan ditemuduga. Permulaan saya berkenalan dengan beberapa orang candidate yang datang dari N. Sembilan, Johor, Sabah dan Pahang. Masing-masing sibuk membaca nota dan berbual. Apa yang dapat saya ketahui bahawa kebanyakan candidate yang hadir adalah penjawat awam yang telah lama berkhidmat dan akan dinaikkan pangkat. Semua orang lama, tetiba rasa diri ini kecil pula sebab baru 2 tahun grad dan sekarang menjawat jawatan dalam sektor swasta. Walaubagaimanapun, semangat ingin menjawat jawatan tersebut tetap membara.
Tepat jam 8.05am, urusetia mengarahkan semua calon beratur dan mengambil nombor giliran. Masa itu, masing-masing cepat-cepat ke depan untuk beratur dan mengambil nombor, saya mendapat giliran ke-empat. Selepas itu, saya dapat tahu bahawa hanya 2 bilik yang akan digunakan. Jadi 22 calon akan dibahagi 2 iaitu 11 orang untuk satu bilik temuduga. Sebelum sesi temuduga dimulakan, penemuduga ingin berjumpa dengan semua calon temuduga iaitu 11 orang kumpulan saya untuk brief serba sedikit tentang temuduga tersebut. Perkara yang diperkatakan oleh penemuduga kepada calon-calonnya adalah supaya calon tidak kecewa sekiranya gagal dalam temuduga kali ini. Selain itu, penemuduga juga menyatakan bahawa masa yang diperuntukkan untuk temuduga hanya 10 minit, jadi cuba gunakan sebaik mungkin masa yang diberikan tersebut.
Tenang rasa hati ini bila dapat face dahulu dengan penemuduga. Rasa berdebar tetap ada tetapi keyakinan untuk lakukan yang terbaik makin tinggi. Jam 8.30am, candidate pertama dipanggil masuk. Tepat 9.00am, nombor giliran saya pula dipanggil, soalan-soalan penting yang ditanya adalah:
1. Apa persediaan anda sebelum datang temuduga?
2. Apakah tugas Pegawai Penerangan?
3. Apa yang anda faham tentang Satu Malaysia?
4. Apa yang dimaksudkan dengan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'?
5. Apa program terkini KPKK?
6. Apa perbezaan antara KPKK dengan Jabatan Penerangan?
Ini adalah beberapa soalan penting yang ditanya dalam 10 minit sesi saya. Agak terkejut dengan soalan yang diajukan, tetapi alhamdulillah saya dapat jawab jawapan tersebut dengan baik.
Tamat sesi tersebut, saya terus pulang. Kebetulan didalam lif saya terserempak dengan candidate lain yang ditemuduga oleh penemuduga lain. Saya terus ajukan soalan apa yang ditanya oleh penemuduga tersebut. Soalan yang ditanya adalah:
1. Apa reaksi anda tentang pilihan raya yang akan datang?
2. Apa pendapat anda tentang keadaan politik di negara ini?
3. Adakah isu BERSIH rasional?
Hanya ini yang dapat saya kongsikan dengan pembaca untuk kali ini. Diharap dapat beri sedikit sebanyak maklumat untuk anda. Bagi sesiapa yang akan melalui temuduga ini saya ucapkan good luck. Wassalam. Tq.
Assalam & Salam Sejahtera semua...
ReplyDeleteSaya dah beli dan dapat manfaat daripada ebook dibawah ni...
Rahsia Resume Kerja
Resume adalah tiket untuk ke temuduga kerja. Rahsia Resume Kerja merupakan sebuah panduan khas untuk menulis resume bagi memohon pekerjaan baik kerja kerajaan atau kerja swasta.
https://goo.gl/ctbYad
Agensi Kerajaan
Strategi alternatif untuk kerja kerajaan tanpa melalui SPA. Rahsia ini tidak ramai yang ambil tahu dan kurang persaingan. Rebut peluang ini kerana ada 241 Senarai Agensi yang bakal menerima anda bekerja.
https://goo.gl/Hm8ZYr
Kerjaya Swasta
Strategi dan teknik untuk tembus masuk ke kerjaya swasta. Antara yang didedahkan adalah strategi memilih kerjaya, bagaimana untuk memilih majikan dan bagaimana membuatkan majikan mudah menaikkan gaji anda
https://goo.gl/xwpDca
Rahsia Bijak Temuduga
Ebook ini membantu pengguna untuk lakukan tindakan awal selepas mereka dipanggil ke temuduga. Ramai yang terkejut dan takut apabila mereka mendapat panggilan temuduga. Kini rasa takut bakal dihilangkan! Keywords: temuduga, soalan temuduga, contoh soalan temuduga. skema soalan temuduga, temuduga kerja, kerja kerajaan, temuduga kerja kerajaan, temuduga swasta
https://goo.gl/G9UaHX
Temuduga Kerja Kerajaan
Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini adalah produk evergreen sejak tahun 2009. Ianya memberikan rahsia-rahsia khusus bagaimana untuk lulus temuduga yang spesifik kepada jawatan kerajaan yang ditawarkan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Keyword: temuduga kerja kerajaan, kerja kerajaan, soalan temuduga kerja kerajaan, soalan temuduga, kerja kosong kerajaan
https://goo.gl/NdoHNu
Salam Kejayaan dari saya
GOOD LUCK !!!